Monday 15 January 2024

2023

Alhamdulillah untuk 2023. Satu tahun yang sangat bermakna bagi aku, satu tahun penuh dengan rasa tuah dan syukur. Setelah sekian lama (almost 10 years), tahun 2023 aku berjaya menghabiskan pengajian aku. Banyak kali weh sumpah aku nak berhenti, aku rasa lagi bazir masa kalau terus sambung belajar sebab dah banyak kali extend and tangguh. Tapi aku gagahkan jugak, jumpa doktor and kaunselor, minta tolong kawan dengan FYP, and honestly, memang aku bertuah. Memang rezeki Allah itu luas, mungkin berkat dari doa-doa orang tersayang, somehow aku rasa jalan aku dipermudahkan. Banyak salah aku buat dalam pengajian, walaupun di saat-saat akhir tapi aku tetap berjaya habiskan. Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik semua yang dah tolong aku. 

Habis je belajar, aku dapat kerja still dekat UNIMAS walaupun sebagai PROTÉGÉ, tapi itu lah peluang kerja yang paling cepat aku boleh dapat sebab aku perlukan duit. Plus at that time, aku rasa aku tak cukup yakin untuk minta kerja lain sebenarnya sebab yelah it took me almost 10 years untuk habis belajar, while kawan-kawan aku dah kerja semua, aku baru habis belajar and baru nak start kerja. So aku tekad untuk kerja as a protege to build back my confidence, familiarise with work environment, getting my shits together. Walaupun hanya sebagai protege dan kontrak, aku sangatlah bersyukur atas peluang ini. Aku rasa aku start cari kerja dengan lebih proaktif mungkin selepas aku kahwin kot sebab bila dah kahwin, persepsi aku sedikit berubah, ada keadaan yang aku baru sedar. Okay bab kahwin, lepas ini sambung. Aku ada apply kerja dekat UNIMAS for permanent post and alhamdulillah sekarang (Today 15/1/24) tengah tunggu tarikh untuk interview sahaja. So far, ini sahaja tawaran yang aku dapat daripada semua permohonan aku. Moga ada sinar di hujung jalan nanti, inshaAllah.

Dan semestinya, the second highlight of my 2023 is I got married to the love of my life, my best friend. The 29th of September now etched in our hearts, symbolizes not just a date on the calendar but a powerful reminder our lives became intimately woven into a shared narrative. It was a day when promises were made, dreams were shared, and the journey of companionship officially began. I used to say "To love is to commit" and after a lot of failed commitments, inshaAllah I promise to commit to her. Despite my shortcomings, my mistakes, and always taking her for granted, I have come to realise the profound impact of her unwavering support and love, I am determined to learn and grow, striving to become the partner that she deserves. Satu fasa yang aku paling tak sangka boleh dan telah berlaku was this, and I really thank Allah for this. Aku rasa macam rushing tapi aku jugak rasa kalau bukan waktu itu then, taktahu bila and mungkin lambat lagi. Dan dialah yang banyak berkorban masa dan tenaga to make it happen, I am truly lucky to be married to someone like her. I am also excited and humbled, to live the rest of my life with her and I am deeply grateful for this. 

Aku takkan mampu untuk sampai ke tahap ini tanpa sokongan, bimbingan, dorongan, bantuan, kasih sayang dari mak abah, isteri dan kawan-kawan rapat yang sentiasa ada. Alhamdulillah syukur untuk tahun 2023. Aku hanya minta tahun 2024 aku lebih self consious, no more taking others for granted, be more grateful and appreciative, learn and grow to become a better version of myself inshaAllah. 

Thank you 2023

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.